Kerjaya Nikolai Patrushev

Keselamatan dan perisikan

Selepas Pembubaran Kesatuan Sovietkejatuhan Kesatuan Soviet, Patrushev terus bekerja dalam perkhidmatan keselamatan dan dari 1992 hingga 1994 beliau menjadi Menteri Keselamatan Republik Karelia manakala pada 1994 beliau dibawa ke Moscow sebagai ketua Direktorat Keselamatan Dalam Negeri FSK.

Pada Jun 1995, Patrushev menjadi timbalan ketua Jabatan Pertubuhan dan Pemeriksaan FSB. Dari Mei hingga Ogos 1998, beliau adalah ketua Direktorat Kawalan Kakitangan Presiden; dari Ogos hingga Oktober, beliau adalah Timbalan Ketua Staf Presiden; pada Oktober 1998, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah FSB dan ketua Direktorat Keselamatan Ekonomi. Pada April 1999, beliau menjadi Timbalan Pengarah Pertama FSB. Pada 9 Ogos di tahun yang sama, dekri oleh Presiden Boris Yeltsin menaikkan pangkatnya sebagai Pengarah, menggantikan rakan rapatnya Vladimir Putin.

Siasatan awam United Kingdom mengenai keracunan pada 2006 terhadap pemberi maklumat FSB Alexander Litvinenko mendapati bahawa "operasi FSB untuk membunuh En. Litvinenko mungkin telah diluluskan oleh En. Patrushev dan juga oleh Presiden Putin."[6]

Sejak 2008, Patrushev telah menjadi Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, sebuah badan perundingan Presiden yang melaksanakan keputusannya tentang hal ehwal keselamatan negara.[1][2]

Selepas pengilhakan Krimea oleh Persekutuan Rusia, Patrushev diletakkan dalam senarai individu yang disekat oleh Kesatuan Eropah di Rusia.[7]

Berikutan kegagalan komplot rampasan kuasa Oktober 2016 di Montenegro, Patrushev disebut oleh pakar, seperti Mark Galeotti, sebagai orang utama Kremlin untuk Balkan, yang ditafsirkan sebagai menunjukkan pendekatan Rusia yang semakin tegar terhadap kawasan itu serta pendekatan beliau yang semakin penting dalam strategi dasar luar Rusia.[8][9][10]

Patrushev bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan John Bolton pada Jun 2019

Menurut siaran di akaun Instagram Anastasia Vashukevich, Patrushev, yang telah pergi ke Thailand pada lewat Februari 2018, terlibat dalam penahanannya di Thailand pada lewat Februari 2018.[11]

Pada April 2018, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atasnya dan 23 warga Rusia yang lain.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Nikolai Patrushev http://www.foreignaffairs.com/articles/66549/andre... http://www.kyivpost.com/content/kyiv-post-plus/rus... http://txt.newsru.com/russia/06nov2007/imperia.htm... http://eur-lex.europa.eu/legal-content/EN/TXT/HTML... http://neweasterneurope.eu/2018/08/13/russias-come... http://isni.org/isni/0000000051709301 http://russiaprofile.org/bg_people/resources_whois... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 http://www.fsb.ru/fsb/history/leaders/single.htm!i... http://www.gazprom-neft.ru/company/management/mana...